Laman Utama

Pengenalan Batik

Pengenalan Batik

Batik berasal dari kata Jawa "amba" yang bermakna menulis dan kata Jawa "nitik" yang bermakna membuat titik. Batik merujuk kepada kain yang mempunyai corak yang terang dan menarik. Batik terdapat dalam pelbagai bentuk, antaranya adalah batik tulis, batik skrin, batik celup, dan batik terap.Teknik Batik telah diketahui lebih seribu tahun, kemungkinannya berasal dari Mesir kuno atau Sumeria. Ia terdapat di beberapa negara di Afrika Barat seperti Nigeria, Cameroon dan Mali, atau di Asia, seperti India, Sri Lanka, Bangladesh , Iran, Thailand, Indonesia, dan Malaysia.Batik telah menjadi sebahagian dari budaya dunia terutama di alam Melayu,dan sejak lama yang merangkumi negara ASEAN.
Batik terkenal di kelantan dan Terengganu sebagai produk kesenian dan kraftangan yang mahsyur di negara kita. Apatah lagi dengan rekaan yang unik dan warna pastel yang di gunakan mampu menarik banyak pelanggan di sini.

Maka syarikat kami amat berminat  dalam memperkenalkan batik di negeri di bawah bayu sebagai satu produk  yang mampu bersaing dengan negeri-negeri lain dalam penghasilan produk batik.   Melihat kepada perkembangan industri batik dan percaya bahawa batik mempunyai prospek yang cerah, maka lahirlah Butik Warisan Batik


Butik Warisan Batik


Sebuah syarikat yang di tubuhkan pada 18 march 2007. Kedai ini menjual pelbagai produk berasaskan batik. Menjual  pelbagai jenis kain dan pakaian berasaskan batik.
Pengenalan Syarikat

Batik kembali popular dengan akta kerajaan baru pemakaian batik setiap Khamis kepada setiap kakitangan kerajaan. Sebagai peniaga batik kami merasakan terdapat potensi besar yang mampu di jana. Maka kami mengambil langkah ini dengan cuba mengembangan syarikat kami. Agar lebih progessif dan produktif.
Telah bergiat dalam perniagaan ini secara kecil-kecilan di

Lot 18, Tingkat 3,
 Centre Point Sabah,
88000 Sinsuran
Kota Kinabalu 

Hubungi kami di : 088 244493 / 016 8100029